Calon bertanding Pilihan_raya_kecil_Bukit_Gantang_2009

Nama calonParti
Ismail Safian Barisan Nasional-UMNO
Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin PAS
Kamarul Ramizu Idris BEBAS

Calon Barisan Nasional

Pada 15 Februari 2008 Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) telah memutuskan bahawa anak tempatan daripada UMNO akan dipilih sebagai calon.[5] Antara nama yang disbut-sebut ialah pensyarah Kolej Islam Perak di Kuala Kangsar, Perak yang juga Timbalan ketua UMNO bahagian Bukit Gantang, Kamarulail Sulaiman.[6]

Abdul Razak Baba, Anggota jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Bukit Gantang turut menawarkan diri pada 18 Februari 2009 kerana yakin dengan kebolehan untuk memimpin, mengurus dan mentadbir yang ada pada dirinya yang merupakan ciri diperlukan oleh seorang wakil rakyat, selain berpengetahuan luas serta memahami masalah masyarakat Melayu, Cina dan India di Bukit Gantang.[7]

Akhirnya, Pengerusi UMNO Perak merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan secara rasmi Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang Ismail Safian dipilih sebagai calon Barisan Nasional pada 14 Mac 2009.[8] Beliau merupakan Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara dan berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang. Pada pemilihan UMNO bahagian pada 2008, Ismail tewas kepada Adun Trong Datuk Rosli Husin dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang.[9]

Calon Pakatan Rakyat

Pada 9 Februari 2009, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham secara peribadinya mencadangkan PAS menimbang untuk meletakkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang.[10] Walau bagaimanapun, sehari selepas itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cadangan DAP itu. Beliau yang masih menganggap Nizar sebagai Menteri Besar Perak, mengatakan tidak elok jika Menteri Besar menjadi Ahli Parlimen dalam masa yang sama.[11]

Walau bagaimanapun, akhirnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon PAS di Taman Kota Jaya di Simpang, Perak.[12]

Calon lain

Pada 17 Februari 2009, Ahmed Aki, seorang bekas pemimpin DAP Perak menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas. beliau mengatakan calon Bebas adalah wakil rakyat yang paling sesuai bagi penduduk Bukit Gantang kerana calon yang mewakili parti politik hanya memberi masalah kepada rakyat. Sebelum ini beliau pernah bersaing merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chemor pada Pilihan raya umum Malaysia 1982 dan DUN Aulong pada 1990 mewakili DAP.[13]

Rujukan

WikiPedia: Pilihan_raya_kecil_Bukit_Gantang_2009 http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php...